Sunday, June 21, 2009

Nur Kasih: Nilai Cinta & Pengorbanan

Nur Kasih
Kredit khas: Nur Kasih TV3

Assalamualikum kepada pembaca setia blog aku ini. Pada Kali ni aku nak kongsi sikit ada sebuah drama baru tayangan Tv3 yang mula ditayangkn pada 28 May 2009. Dan sekarang ni dah memasuki episod yang ke-5. Pada yang belum tengok tu sila2 la tengok. Sebenarnya aku ni bukan jenis yang layan sangat drama-drama Melayu ini lagi2 yg berkongsepkan agama.

Pada asalnya cerita ini mula menarik minat aku masa aku pergi bercuti di rumah abangku di kawasan berhampiran Nilai. Almaklum la rumah aku takde TV. Punya la kemaruk sgt nk tgk tv aku tertengok la cerita tv3 tu tajuknya "Nurkasih". Pada masa tu langsung tiada siaran atau program tv lain yg menarik minatku. Aku pun teruskan la tengok cerita tue. Dalam hati aku berkata., "boleh tahan jgak cerita nie". Dalam sedar2 tak sedar sampai habis aku tgk cerita tue.

Pada yang baru bermula nak tenguk tue dtg la ke website Tv3 untuk saksikan episod2 yang terlepas.

Sinopsis Nurkasih Episod 1 hingga episod 5

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Apakah Kesudahan Drama Nur Kasih? Sama-samalah kita saksikan.

0 comments: