Thursday, October 29, 2009

Berhati-hati lah Kaum Wanita

Petikan Harian Metro

Serah tubuh takut didakwa

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki bernafsu syaitan sanggup menyamar penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) sebelum memperkosa seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di pantai Tok Jembal, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 10 malam, mangsa yang berusia 20 tahun bersama teman lelakinya menaiki kereta dan berhenti di Pantai Teluk Ketapang di sini sebelum didatangi tiga lelaki yang memperkenalkan diri pegawai penguat kuasa JHEAT.

Difahamkan, suspek mengarahkan mangsa keluar dari kereta sebelum dibawa ke tepi pantai untuk melakukan rundingan konon bagi mengelak tindakan diambil terhadapnya dan pasangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata ketika itu, suspek memberitahu mangsa jika tidak mahu berunding, tindakan tegas akan diambil terhadapnya termasuk didenda sehingga RM6,000 jika didakwa di mahkamah.Menurutnya, suspek menawarkan untuk mengadakan hubungan seks dengan pelajar perempuan terbabit sebagai balasan untuk tidak dikenakan tindakan.

0 comments: